Utama Bilik (07) Tadabbur Al-Quran (سورة الطارق (٢

(سورة الطارق (٢

102
0
Iklan

[86:2] وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا ٱلطَّارِقُ

Dan tahukah engkau apakah ciptaan yang muncul pada malam hari itu? [86:2]

Dan tahukah engkau apakah ciptaan yang muncul pada malam hari itu? Milik Allah ciptaan-Nya, baik yang berada pada waktu malam atau siang. [6:13]

Dialah Pencipta dan Pemelihara bagi segala sesuatu [39:62] lagi Maha Mengetahui. [42:12]

Apabila Allah bertanya “wa mā adrāka,” maka Allah sendiri yang akan memberikan jawapannya. Dalam al-Qur’an ada 13 tempat menggunakan pertanyaan sebegini,

[69:3; 74:27-28; 77:14; 82:17-19; 83:8-9; 90:12-13; 97:2-3]

Kesemua Allah berikan jawapannya kecuali satu. [69:3]

Ciptaan Allah yang muncul pada waktu malam itu memang mudah dilihat menghiasi langit yang gelap gulita dengan cahayanya yang terang bersinar. [37:6]

Semua orang mengenalinya sebagai bintang. Bahkan Nabi – ṣallalLāhu ‘alayhi wa sallam – juga tahu bahawa itu adalah bintang. Namun begitu pengetahuan mendalam tentangnya tidaklah diketahui kecuali menurut keterangan yang Allah sendiri beritahu. Bulan dan bintang yang muncul di malam hari itu semuanya tunduk di bawah perintah Allah. [16:12]

Tanda malam itu ialah gelap gulita dan tanda siang itu ialah terang benderang. [17:12]

Malam dan siang yang berselisih berganti itu menjadi pengajaran bagi orang yang mahu mengambil pelajaran dan tahu bersyukur. [25:62]

Bertasbihlah dengan memuji Allah dan bangunlah pada waktu malam dengan melakukan ibadat demi mencari keredaan-Nya. [52:49]

اللهم ارزقنا خشيتك في الغيب والشهادة يا رب العالمين

Komen dan Soalan